fbpx

Belanjawan 2023: Hutang bawah RM50,000 dilepaskan serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Rakyat negara ini yang diisytihar muflis berhak diberi peluang kedua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat Januari lalu, lebih 260,000 kes muflis telah direkodkan yang turut melibatkan golongan belia dengan majoritinya adalah orang Melayu.

“Kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik dalam masa singkat.

“Sementara menunggu pindaan, kes-kes kecil yang hutang kurang daripada RM50,000 yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI