PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju untuk memberi elaun khas RM100 sehari kepada semua ahli pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara yang terlibat di dalam misi di Turkiye dan Syria.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, elaun ini adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan ke atas jasa besar yang diberikan atas nama kemanusiaan.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE