fbpx

Belanjawan 2023: Elaun guru KAFA naik, kini RM1,100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bagi menghargai jasa dan keringat guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA), kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun mengajar sebanyak RM100 kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta.

Peruntukan tersebut melibatkan kira-kira 35,000 guru KAFA yang berdaftar di seluruh negara.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya lagi, kerajaan turut memberikan sumbangan khas sebanyak RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir melibatkan seramai 70,000 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI