PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 20 peratus selama tiga bulan bermula 1 Mac ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan.
Kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh selama enam bulan.
“Permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac 2023,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE