fbpx

Belanjawan 2023: Bantuan Khas Aidilfitri RM700 kepada penjawat awam, RM350 pesara kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak RM350 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan untuk tujuan sama.

“Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.

“nsya-Allah, bayaran akan dibuat pada bulan April 2023,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI