PETALING JAYA – Bermula pada tahun depan, aset simpanan syariah akan diasingkan sepenuhnya bagi memberi pulangan yang kompetitif kepada 1.25 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memiliki akaun syariah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, simpanan syariah KWSP diperkenalkan pada tahun 2017.
Menurut beliau, ketika ini, aset simpanan syariah dilaburkan bersama aset patuh syariah dalam simpanan konvensional.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian menerusi Ucapan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini. – KOSMO! ONLINE