fbpx

Bajet tolong semua orang petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBU bapa bersyukur menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) baru-baru ini yang diberi kepada semua golongan tanpa mengira kategori pendapatan isi rumah. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Mengambil kira tiga perkara utama berkaitan tinjauan ekonomi yang sukar memberi kesan kepada kos sara hidup yang tinggi de­ngan cabaran jumlah hutang yang tinggi bakal menjadi antara fokus utama kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan akan membuat pembentangan bermula pukul 3 petang ini.

Sesi pembentangan ini dijangka menarik perhatian ramai kerana ini adalah kali pertama beliau membentangkan bajet negara selepas 26 tahun lalu iaitu pada tahun 1997 Anwar membentangkan Belanjawan 1998.

Justeru rata-rata penganalisis, malah pemain industri melihat banyak khabar berita akan di­umumkan kepada semua kelompok masyarakat bukan sahaja untuk golongan B40 hingga M40 termasuk juga perusahaan besar dan kecil, sektor awam dan swasta.

Penganalisis melihat tumpuan kepada usaha meningkatkan ha­sil dan pendapatan negara melalui alternatif, oleh itu kerajaan mengumumkan perkara pengumuman cukai baharu atau cukai lain yang ‘mengejutkan’ kepada kumpulan sasaran seperti cukai berkaitan kepada kekayaan, cukai warisan, cukai ke atas dividen dan cukai ke atas keuntungan modal.

Mengulas lanjut, Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kerajaan mungkin akan meneruskan cukai makmur pada Belanjawan 2023 kali ini.

“Kerajaan juga mungkin akan memberi penekanan terhadap pengenalan subsidi bersasar dan salah satu inisiatif kerajan adalah berkaitan pemberian subsidi petrol RON95 dan juga perluasan Menu Rahmah bukan sahaja sekadar makanan dan minuman tetapi kepada barangan dan perkhidmatan lain.

“Bantuan Sara Hidup akan diteruskan dan mungkin ia akan lebih berfokus mengikut klasifikasi penerima yang lebih terpe­rinci,” jelasnya.

Ditanya mengenai pengeluaran wang caruman KWSP, be­liau berkeyakinan kerajaan tidak akan mengubah pendirian mereka untuk tidak membenarkan lagi pengeluaran KWSP kerana akan ada alternatif lain untuk membantu rakyat.

Pada 7 Oktober 2022, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membentangkan Bajet 2023 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM372.3 bilion yang dikatakan terbesar dalam sejarah negara.

Bagaimanapun, Parlimen telah dibubarkan sebelum belanjawan tersebut diluluskan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI