fbpx

Bajet 2023, terpinggir atau didengari?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HARI ini hari penting. Semua mata akan tertumpu ke Dewan Rakyat bagi mengikuti Belanjawan 2023 Malaysia Madani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan semula Bajet 2023 pukul 4 petang ini.
Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 telah dibuka dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 13 Februari lalu.

Inti pati titah Seri Paduka Baginda sarat dengan peringatan dan nasihat kepada Ahli Dewan Rakyat. Al-
Sultan Abdullah mahu supaya kemelut politik berpanjangan dihentikan sebaliknya menumpukan sepenuhnya kepada inisiatif pembangunan ekonomi.

Ia sekali gus menjadi titik tolak kepada usaha kerajaan menyelesaikan isu rakyat.

Sepanjang dua minggu pembukaan Dewan Rakyat ini pelbagai isu dibahaskan Ahli Parlimen. Seperti biasalah jika tiada adegan ‘perang mulut’ berasa tidak lengkap pula Dewan Rakyat kita.

Namun, rata-rata Ahli Parlimen baik daripada blok kerajaan dan pembangkang ‘bersepakat’ mencadangkan agar kebenaran pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar dibenarkan.

Antara yang berkali-kali menggesa adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) selain disambut Syahir Sulaiman (PN-Bachok) serta Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) pada sidang dewan kelmarin.

Mereka mencadangkan pengeluaran bersasar itu dibenarkan dengan syarat ketat. Tolak ke tepi dahulu golongan rentan yang benar-benar memerlukan suntikan ‘dana’ KWSP itu buat masa ini.

Malah, kerajaan sendiri pun mempunyai alasan kukuh agar caruman KWSP ini tidak dikeluarkan. Bayangkan seorang pekerja swasta didiagnosis menghidap kegagalan fungsi buah pinggang selepas bersara. Kos untuk dialisis kira-kira RM200 bagi setiap rawatan, didarab pula tiga kali seminggu.

Golongan M40 yang masih mempunyai pekerjaan juga turut mengeluh ketika ini. Rata-rata mengatakan mereka terbeban disebabkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Perincian golongan ini dibahagikan kepada isi rumah berpendapatan M1 (RM4,851-RM5,880), M2 (RM5,881-RM7,100), M3 (RM7,101-RM8,700) dan M4 (8,701-RM10,970).

Rakan penulis memberitahu dia berkira-kira untuk menjual rumah keduanya yang sebelum ini yang dijadikan aset. Apartmen di daerah Petaling Jaya itu dibeli 15 tahun lalu.

Sebelum ini ansuran pinjaman bulanan RM800 lebih, kini dia perlu membayar RM1,300 berikutan kenaikan OPR.

Ini salah satu senario dihadapi golongan M40. Bukan tidak berduit atau susah tetapi gaji cukup-cukup makan sahaja ‘dihambat’ komitmen bulanan.

Setiap kali pembentangan bajet sebelum ini, ‘faedah’ diterima golongan pertengahan ini antara yang kurang ‘disentuh’.

Jadi Belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan hari ini amat ditunggu-tunggu oleh rakyat. Adakah terpinggir atau suara mereka didengari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI