fbpx

Anwar kembali bentang belanjawan negara selepas 26 tahun hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar. - Foto oleh AFIQ RAZALI

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi akan membentangkan belanjawan negara selepas 26 tahun dan ia dijangka berlangsung kira-kira pada pukul 3 petang nanti di Dewan Rakyat.

Belanjawan 2023 ini antara agenda yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia termasuk pemain industri untuk mengetahui berapa banyak peruntukan dan bantuan yang disalurkan kepada mereka oleh kerajaan.

Terdahulu, pada tahun 1997, Anwar telah membentangkan Bajet 1998 dengan peruntukan sebanyak RM64.127 bilion.

Sehubungan itu, bagi Bajet 2023 pula, ramai yang berteka-teki tentang jumlah keseluruhan yang akan diperuntukan kerajaan buat rakyat serta sektor pembangunan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI