fbpx

Zarina, Khazrul, berdamailah!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANG antara Zarina dan Khazrul kembali meletus gara-gara isu pembinaan pagar kediaman aktres itu.

SEBELUM ini Zarina Anjoulie atau Anju dilihat seakan sudah berbaik dengan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey selepas hubungan mereka berakhir disebabkan ego seperti didakwa.

Rentetan itu, mereka saling berbalas kenyataan menerusi laman sosial sehingga menjadi perhatian netizen disebabkan pendedahan kedua-dua pihak.

Begitupun, kemelut antara mereka nampak seakan berakhir apabila usahawan berkenaan berkongsi video memuji Anju selain memaklumkan mahu bertemu bapa pelakon itu.

Lega netizen termasuk Mizz Lahar yang berharap pasangan itu dapat kembali berdamai kalau pun bukan mengikat semula kasih terlerai.

Tiba-tiba beberapa hari kemudian timbul pula isu pembinaan pagar di kediaman Anju bernilai RM100,000 yang dikatakan kehendak Khazrul sendiri biarpun aktres itu keberatan mahu menerima pemberian tersebut.

Bagi Mizz Lahar pula, kedua-duanya perlu bersemuka meleraikan kekusutan berbanding menggunakan media sosial sebagai gelanggang meluahkan amarah.

Rasanya bukan pagar mahupun buka aib yang jadi isu pokok, sebaliknya ada sesuatu belum selesai antara mereka. Cuma mereka yang tahu jawapan. Berdamailah.

MIZZ LAHAR: Khabarnya ada lagi pasangan sensasi dalam radar netizen yang sedang berhadapan isu penyondol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI