fbpx

[VIDEO] Tepukan, sorakan iringi pasukan SMART

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di Facebook pagi tadi.

PETALING JAYA – Kumpulan pertama Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia MAS-01 (SMART) menerima sorakan dan tepukan gemuruh ketika memasuki Lapangan Terbang Gazientep di Turkiye, pada pagi tadi (waktu Malaysia).

Menerusi video yang dikongsi di akaun Facebook SMART, penduduk Gaziantep yang berada di lapangan terbang memberikan sorakan bagi menzahirkan rasa terima kasih kepada pasukan tersebut.

Pasukan SMART juga kelihatan melambai-lambat semula kepada penduduk Gaziantep dengan senyuman terukir di wajah.

Pasukan berkenaan dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas berada 14 hari di ground zero bagi melakukan kerja mencari dan menyelamat (SAR) di wilayah Gazientep, yang terkesan akibat gempa bumi pada 6 Februari lalu.

Terdahulu Kosmo! melaporkan pasukan SMART berjaya menemui 50 mangsa tragedi gempa bumi di selatan Turkiye yang terperangkap di bawah runtuhan setakat 14 Februari.

Malaysia telah menghantar 70 anggota pasukan Smart ke Turkiye bagi membantu misi SAR mangsa gempa bumi di selatan Turkiye sebagai tanda solidariti.

Pada 16 Februari lalu, Turkiye dilanda gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter dan disusuli gempa bermagnitud 7.6  beberapa jam kemudian.

Kawasan barat laut Syria turut dilanda gempa bumi kuat 7.5 magnitud. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI