fbpx

UPSI, 6 IPGM jalin kerjasama perkasa pendidikan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mazlan (empat dari kanan) menerima COC daripada Md. Amin (dua dari kiri) selepas selesai menandatanganinya di satu majlis di UPSI, Tanjung Malim hari ini.

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalin kerjasama dengan enam Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dengan matlamat bagi memacu kecemerlangan pendidikan di negara ini.

Pada majlis menandatangani sijil kerjasama (COC) tersebut, IPGM diwakili enam IPG mengikut zon iaitu Intitut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan; IPGK Ipoh, Perak; IPGK Sultan Mizan, Besut, Terengganu; IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor; IPGK Tuanku Bainun, Bukit Mertajam serta IPGK Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, UPSI menjalin kerjasama dengan IPGM bagi berkongsi kepakaran yang dimiliki pihaknya serta IPGM terbabit.

Katanya, majlis menandatangani COC itu antara antara lain tertumpu kepada bidang kerjasama bersama UPSI termasuklah kerjasama akademik, penyelidikan dan inovasi, mobiliti pelajar dan staf, perkongsian kepakaran keguruan, perkongsian sumber kajian dan kemudahan, penganjuran program bersama serta pengantarabangsaan.

“Bagi menjayakan kerjasama berkenaan sebuah jawatankuasa dibentuk antara UPSI dan IPG yang akan bersidang dua kali setahun secara bergilir bagi membincang dan merangka halatuju pendidikan keguruan di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Md. Admin berkata, UPSI memiliki tenaga pakar yang ramai khususnya dalam bidang pendidikan yang dapat digembleng untuk memacu pembangunan pendidikan negara selaras dengan fokus Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memastikan kualiti serta kecemerlangan akademik berada pada peringkat tertinggi.

Beliau berkata, UPSI bersedia untuk bekerjasama dengan IPG bagi meneliti kaedah serta strategi yang terbaik dalam memantapkan pendidikan generasi masa depan.

“Lebih banyak kolaborasi yang boleh dilaksanakan di antara kedua-dua pihak berdasarkan kepakaran yang ada yang mampu memberi impak baik bukan sahaja pada bidang pendidikan malah sumbangan terhadap masyarakat komuniti setempat,” katanya.

Presiden Majlis Pengarah IPGM, Lt. Kol. Bersekutu (PA), Dr. Mazlan Aris berkata, pihaknya menyambut baik kerjasama yang dapat memberi impak positif kepada kedua-dua institusi utama pendidikan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI