fbpx

Tetak rakan senegara, lelaki Indonesia ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

JELEBU – Gara-gara selisih faham mengenai tempat tinggal, seorang lelaki warga Indonesia sanggup menetak rakan senegaranya menggunakan parang dalam satu kejadian di kebun getah Titi, di sini, dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, berdasarkan maklumat diterima suspek yang merupakan individu dikehendaki polis berjaya ditangkap sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu di tepi jalan besar Titi pada 20 Februari lalu.

Menurutnya kejadian berlaku pada pagi Februari 2021 semasa pasangan suami isteri warganegara Indonesia berusia 40an dan 50an sedang menoreh getah di kebun getah di Jalan Titi- Genting Peras.

“Secara tiba-tiba datang seorang lelaki sewarganegara yang dikenali menetak si suami menggunakan parang. Mangsa mengalami kecederaan dan pasangan berkenaan kemudiannya melarikan diri dari kebun dan terus ke balai polis berhampiran bagi membuat laporan.

“Manakala suspek pula melarikan diri selepas kejadian tersebut namun akhirnya berjaya ditangkap dalam serbuan melalui maklumat yang diterima polis memandangkan suspek telah disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis sebelum ini,” katanya hari ini.

Ujar Maslan lagi, suspek berusia 49 tahun dikesan memiliki satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata. Suspek ditahan reman bermula 21 Februari lalu dan akan dituduh esok di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI