fbpx

Teo Yoo, hero ‘tua’ pencuri hati, menggegar jiwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEO YOO

SETIAP kali munculnya naskhah terbaharu Korea Selatan, tidak kira drama mahupun filem, pemeran utamanya pasti menjadi pusat tumpuan peminat.

Kini, perhatian tersebut tertumpu kepada aktor kacak yang menjadi kegilaan ramai penonton, Teo Yoo sejak drama romantik komedi lakonannya, Love To Hate You mula ditayangkan sejak 10 Februari lalu.

Pemilik nama asal Kim Chi-hun itu membuatkan penonton terpana dengan lakonan lucu dan comel di sebalik wajah kacak yang menyinar, menonjolkan sisi watak sebagai aktor popular digilai ramai wanita bernama Nam Kang-ho.

Percaya atau tidak, itu merupakan naskhah romantik komedi pertama lakonan Teo Yoo sejak dua dekad berkecimpung dalam dunia lakonan yang cukup dicintainya bermula 2003.

PESONA Teo Yoo mudah menyita khalayak dan cukup mendebarkan dada sesiapa sahaja yang melihatnya, namun awas, dia sudah berstatus suami orang!

Kecintaannya terhadap dunia lakonan mula tumbuh ketika berkelana ke Amerika Syarikat sekitar 2001 untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan jasmani.

Di situlah, lelaki kelahiran 11 April 1981 di Koln, North Rhine-Westphalia, Jerman yang mengikut orang tuanya berpindah mula mendalami ilmu lakonan sehingga dua tahun kemudian memulakan debut dalam sebuah filem Jerman berjudul Kim Bab.

Halangan bahasa

Teo Yoo hanya memulakan debut di Korea Selatan sekitar 2009 menerusi filem sulung, Actresses dan untuk drama pula pada 2014 berjudul Family Secret, namun cuma selaku kameo.

Mungkin penggemar K-Drama generasi muda kurang mengenali susuk lelaki kacak itu sebelum namanya tiba-tiba ‘meletup’ dek penangan Love To Hate You.

Barangkali disebabkan Teo Yoo kurang aktif di Korea dan kariernya lebih banyak terarah di negara asing.

Biarpun sesekali muncul dengan naskhah Korea, pesona yang dimiliki menjadikan Teo Yoo sangat sulit dilupakan.

Hal tersebut terbukti selepas namanya meniti di bibir penggemar sejak karya terbitan Netflix berkenaan ditayangkan.

TEO Yoo banyak melakukan kajian dan belajar daripada watak-watak lucu seperti karakter anime Shinnosuke Nohara (animasi Shin-chan) ketika mendalami karakter komedi agar tidak menyentuh sensitiviti penonton.

Di sebalik hangatnya sambutan peminat terhadap Kang-ho dalam Love To Hate You, Teo Yoo tetap tidak terlepas daripada menjadi mangsa kritikan.

Hanya kerana kurang fasih bertutur dalam bahasa Korea kerana lebih lancar bercakap dalam bahasa Jerman dan Inggeris, aktor itu mengakui, bekerja keras menjadi satu-satunya cara untuk terus ‘hidup’.

“Saya berlatih sebanyak hampir 100 kali untuk menjayakan sesebuah babak. Saya banyak belajar tentang loghat.

“Bahasa Korea masih menjadi satu tugas besar bagi saya.

“Tetapi saya percaya mampu menghadapi cabaran ini,” katanya yang sangat berharap penonton dapat melihat tahap peningkatan pertuturan dalam semua siri lakonannya.

Selain halangan bahasa, ada beberapa perkara yang membuatkan susuk berusia 42 tahun itu menganggap Love To Hate You cukup meninggalkan cabaran besar baginya selaku pelakon.

Hyun Bin, Kim Ji-hoon

Memerankan watak sebagai aktor popular yang digilai ramai peminat, hakikatnya Kang-ho tidak mempercayai wanita akibat trauma yang pernah dilalui.

Dalam kebencian, dia harus menjadi seorang yang penuh humor sesuai dengan jalur cerita tersebut, romantik komedi.

“Ini cerita romantik komedi, jadi Kang-ho perlu kelihatan comel.

“Saya perlu pastikan wataknya yang membenci wanita kerana trauma lampau tidak kelihatan aneh,” katanya.

Sebagai rujukan, aktor berketinggian 180 sentimeter (sm) itu meniru sedikit gaya lakonan Hyun Bin menerusi drama Secret Garden, terutama ketika adegan karakter Kim Joo-won memandang ke aras bawah bangunan pusat beli-belah miliknya.

TEO Yoo kembali bekerjasama dengan Kim Ok-bin dalam Love To Hate You selepas kali pertama berlakon dalam filem debutnya Actresses (2009).

“Babak itu ada ‘vibe’ Hyun Bin yang unik, jadi saya ambil sedikit.

“Drama ini pula mengusung genre yang belum pernah saya cuba sebelum ini, jadi saya perlukan rujukan.

“Semuanya demi saya dapat belajar normalisasi budaya kerja di Korea memandangkan saya lahir dan membesar di negara Eropah,” ujarnya yang menjadikan aktor Hollywood, Brad Pitt dan Tom Cruise sebagai idola.

Lucunya, ada kejadian yang mencuit hati ketika penggambaran Love To Hate You apabila Teo Yoo perlu menjayakan babak bercumbuan dengan beberapa pelakon.

Seorang daripada pelakon tersebut ialah aktor Kim Ji-hoon. Mereka perlu berulang kali mengambil rakaman ciuman atas permintaan pengarah.

“Saya perah otak macam mana untuk buat babak itu nampak lucu.

“Tapi kami memang tiada masalah (berciuman) dan memang seronok jayakan babak itu,” ujarnya yang melakukan babak tersebut sebanyak 10 kali bersama Ji-hoon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI