fbpx

Siti Bainun akui Bella cedera ketika berada di kondo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Bainun hadir bagi perbicaraan dua pertuduhan mengabai dan menganiayai remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali mengakui kecederaan yang dialami remaja sindrom Down, Bella berlaku semasa berada di rumahnya di sebuah kondominium di Wangsa Maju dua tahun lalu.

Dalam prosiding hari ini, Siti Bainun, 31, mengakui perkara itu selepas bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria semasa disoal balas.

Isu itu merujuk kepada video yang dirakam saksi pendakwaan pertama, Zurianty Sudin, 40, ketika datang ke kondomonium tersebut pada 24 Jun 2021.

Zahida: Memandangkan Bella dalam jagaan kamu di rumah, saya katakan kesemua kecederaan itu berlaku semasa Bella berada di rumah kamu
Siti Bainun: Setuju.

Zahida: Saya cadangkan kesemua kecederaan Bella dalam rakaman video adalah sama dengan kecederaannya apabila sampai di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Siti Bainun: Tidak pasti

Pada Ogos tahun lalu, Zurianty dalam keterangan mengakui bahawa video yang dirakamnya semasa Bella berada di kondominium tersebut dua tahun lalu untuk diberikan kepada seorang individu.

Zurianty berkata, tujuan dia merakam video tersebut untuk meyakinkan terdapat penderaan ke atas Bella.

Sementara itu, dalam prosiding sama, Siti Bainun turut menafikan dia gagal menjalankan tanggungjawab yang sempurna menjaga Bella.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok.

Siti Bainun, 31, didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI