fbpx

Shindong menyesal pernah marah BTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHINDONG menyesal pernah memarahi BTS sebelum kumpulan itu mencipta populariti luar biasa.

NAMA Super Junior satu ketika dahulu merupakan kumpulan yang paling disegani lawan dan peminat.

Gelaran tersebut terjadi kerana setiap anggotanya sering berkongsi ungkapan persahabatan dan kasih sayang antara mereka.

Namun, tiba-tiba ada kumpulan lain yang mencuri gelaran tersebut yang dikatakan lebih lantang berbanding Super Junior iaitu BTS.

Peminat mengimbau kembali momen ketika ahli Super Junior, Shindong pernah memarahi BTS kerana terlampau bising dalam bilik menunggu.

“Perkara ini berlaku semasa kami sedang terlibat dalam program yang turut disertai kumpulan BTS.

“Kami juga ditempatkan dalam sebuah tempat yang sama.

“Semasa sedang menonton, saya dapati mereka sangat bising berborak dan bergelak tawa. Saya sangat marah ketika itu.

“Saya pergi ke arah mereka dan menegur sambil menyuruh semua ahli kumpulan itu keluar jika mahu berborak,” kata Shindong.

Kini, penyanyi berusia 38 tahun itu berasa sangat menyesal pernah memarahi kumpulan BTS kerana menyedari kehebatan mereka ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI