fbpx

Saya tidak akan maafkan dia – Azam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam (kiri) dan Khairul Dzaimee pada sidang akhbar Ops Tropicana di Ibu Pejabat SPRM hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – “Saya tidak akan memaafkan individu berkenaan kerana telah merosakkan reputasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” itu tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan yang dibuat oleh pegawai penyelidik kepada bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung sogokan bernilai RM10 juta oleh SPRM.

Azam berkata, beliau secara peribadi tidak memaafkan individu berkenaan kerana telah merosakkan reputasi SPRM dan membuat satu tuduhan yang liar.

“Secara jujur, mana saya nak dapatkan wang sebanyak itu?

“Walaupun permohonan maaf telah dibuat namun kesalahan itu tetap serius dan perlu diambil tindakan malah saya lihat permohonan maaf itu sebagai satu perkara yang sengaja dimain-mainkan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Ops Tropicana yang turut dihadiri Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azam memaklumkan bahawa individu dikenali sebagai Mohamad Shafiq Abdul Halim itu telah ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 3 petang semalam untuk memberikan keterangan.

“Lelaki tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009 kerana mengganggu siasatan berkaitan projek Jana Wibawa,” katanya.

Sebelum ini, Mohd. Shafiq menerusi satu rakaman video mendakwa SPRM menawarkan wang sogokan kepada Wan Saiful bagi memastikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dituduh menerima rasuah.

Video berdurasi 45 saat berkenaan dimuat naik di halaman Facebook Selasa lalu yang mendakwa Wan Saiful dipanggil oleh SPRM untuk menukar kenyataan.

Selasa lalu, Wan Saiful telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI