fbpx

Putus dengan pemain bola sepak, Yazmin Aziz temui pengganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAZMIN AZIZ bersama kekasih baharunya.

PETALING JAYA – Selepas putus cinta dengan pemain bola sepak Kelantan, Nixon Guylherme, penyanyi Yazmin Aziz tidak menunggu lama untuk bertemu pengganti teman lelaki baharunya yang juga merupakan seorang atlet.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam TikTok miliknya, penyanyi berusia 22 tahun itu secara terbuka berkongsi video bersama teman lelakinya yang merupakan seorang atlet bola keranjang asal Hong Kong dikenali sebagai Austin Veloso.

Dalam salah sebuah video yang dikongsikan Yazmin, penyanyi berdarah kacukan Filipina itu telah disoal peminatnya tentang status hubungannya bersama Guylherme, sebelum dia memaklumkan bahawa hubungan tersebut sudah lama terlerai.

“Saya sudah ‘bye-bye’ (putus) lama dah. Cuma saya tidak maklumkan kepada peminat. Sudah tahu tidak sesuai, saya tak nak bazirkan masa saya. Lebih baik ‘move on’,” katanya.

Ketika disoal tentang hubungannya bersama Veloso, Yazmin memaklumkan mereka bertemu sekitar Januari lalu sewaktu pemuda berusia 26 tahun itu datang ke Kuala Lumpur ketika  terlibat dalam sebuah perlawanan di sini.

“Kami bertemu pada Januari lalu ketika Austin menyertai pertandingan di Kuala Lumpur dan kebetulan saya bersama keluarga pergi menonton perlawanan itu.

“Kemudian ada peminat ajak kami bergambar bersama dengan pemain dan daripada situ kami mula kenal.

“Mulanya saya memang tak layan walaupun setiap hari dia hantar mesej ajak berjumpa dan sebelum dia pulang ke Hong Kong kami bertemu malah ibu saya turut ikut,” katanya.

Dalam pada itu, peminatnya turut berkongsi rasa gembira apabila Yazmin sudah menemui pengganti yang dianggap lebih kacak berbanding kekasih lamanya.

“Okey lulus. Tolong kongsi suaranya,” komen seorang peminatnya.

“Lebih tampan berbanding sebelum ini,” kata seorang lagi netizen.

“Satu pergi, 10 yang datang. Jangan sedih-sedih lagi,” pujuk peminatnya.

Terdahulu hubungan Yazmin bersama Nixon Guylherme mendapat perhatian meluas susulan keterbukaan bekas peserta Big Stage itu berkongsi kehangatan cinta mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI