fbpx

Pertandingan melukis kreatif dan mewarna bantu generasi muda zahir idea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyampaian hadiah kepada empat pemenang utama Pertandingan Melukis Kreatif dan Mewarna Peringkat Kebangsaan sempena Hari Malaysia 2022 di Ibu Pejabat Media Mulia Sdn Bhd hari ini. FOTO: IQBAL ROSLI/KOSMO!

PETALING JAYA – Seramai empat pemenang utama. pertandingan melukis kreatif dan mewarna peringkat kebangsaan sempena Hari Malaysia 2022 hadir di Galeri Sofia Media Mulia, di sini, pagi tadi.

Pengarang Media Mulia, Mohamad Azlan Jaafar berkata, pertandingan melukis kreatif dan mewarna yang bermula pada September tahun lalu itu bertujuan untuk membentuk generasi masa depan yang lebih bijak dan sarat dengan ilmu pengetahuan.

Katanya, seramai 17 orang pemenang terdiri daripada empat pemenang utama dan 13 pemenang sagu hati telah dipilih daripada 1,900 peserta.

“Pertandingan ini juga adalah usaha dan sokongan dalam bidang industri kreatif dalam diri anak-anak muda.

“Kita akan teruskan dengan lebih giat melakukan pertandingan sebegini bagi merangsang anak muda membina kandungan bermakna dan kreatif,” jelasnya dalam majlis penyampaian hadiah untuk pertandingan berkenaan di sini, pagi tadi.

Pertandingan melukis kreatif dan mewarna tersebut merupakan pengenalan kemunculan pertama yang dianjurkan bersama Media Mulia Sdn Bhd, Drawzania, Mindappz Sdn Bhd dan Yayasan Wiba Prima.

Sehubungan itu, Pengasas Drawzania, Dr. Ruzaimi Mat Rami berkata, pertandingan tersebut sangat unik di mana peserta bukan sahaja melukis tetapi mencipta idea yang menekankan kemahiran visual yang turut berkait dengan komunikasi.

“Ini adalah usaha yang sangat baik dan kami wujudkan pertandingan ini khusus untuk kebolehan mencipta. Berdasarkan pengalaman saya yang sudah melatih lebih 8,000 orang, saya sangat bimbang tentang kemampuan orang Malaysia yang lemah dalam melukis idea mereka.

“Kelemahan dalam melukis idea ini boleh menyekat kemajuan. Kita mampu maju sekiranya kita mahir melukis berbanding digital.

“Pertandingan ini tidak berkaitan dengan seni tetapi berkait rapat dengan keupayaan otak untuk mencipta idea baharu atau ‘design’,” katanya.

Dalam pada itu, beliau sangat berharap rakyat Malaysia berpakat membina negara susulan ekonomi yang tidak stabil dimana formula pembangunan negara secara cekap bergantung kepada pembangunan sumber manusia.

“Perkara utama adalah upayakan masyarakat dengan melakar untuk menzahirkan idea. Itu dahulu yang perlu kita fokuskan supaya lebih maju,” tegasnya.

Sementara itu, pemenang utama kategori D (13 hingga 15 tahun), Amirul Danish Amirul Iskandar berkata, dia menyertai pertandingan ini kerana minatnya mendalam selain mendapat sokongan penuh daripada ibunya.

“Saya memang masuk pertandingan dengan niat mahu menang sebab tengok pertandingan macam menarik.

“Saya menyertai kelas yang diadakan setiap minggu. Saya diajar cara menggunakan laman sesawang Drawzania, mewarna dan sebagainya.

“Terima kasih atas peluang yang diberikan saya dan saya akan sertai banyak lagi pertandingan selepas ini,” katanya dengan teruja.

Seterusnya, pemenang utama kategori C (10 hingga 12 tahun), Muhammad Adam Ziyad Zakaria berkata, dia sangat teruja dan tidak menyangka mendapat kemenangan serta hadiah lumayan.

“Ibu saya yang ternampak iklan pertandingan menerusi sosial media. Ibu bapa saya memang terus menyokong saya terutama ibu.

“Untuk idea, saya dapatkan melalui pelbagai platform di mana saya perlu melukis mengikut tema yang diberi.

“Saya pernah menang pertandingan lain sebelum ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur serta ibu saya kerana memberi hadiah kepada saya,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI