fbpx

Penginapan tepi pantai serba moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilik di PLR menampilkan suasana moden dan selesa.

BAGI mereka yang gemarkan percutian di tepi pantai tetapi enggan meninggalkan perkhidmatan serba moden seperti di bandar, Parkroyal Langkawi Resort (PLR), Langkawi, Kedah memiliki jawapan kepada ‘dilema’ itu.

Dibuka secara rasmi pada 15 Februari lalu, PLR menawarkan enam jenis bilik, lapan pilihan suite dan tujuh vila dengan ciri serta kemudahan tersendiri.

Pengunjung boleh membuat pilihan daripada pelbagai tawaran bilik moden dan selesa yang bersesuaian dengan bilangan individu serta keluarga mereka.

Bilik-bilik di hotel tersebut dilengkapi dengan pendingin hawa, ruang tempat duduk, televisyen skrin rata dengan saluran satelit, peti deposit keselamatan dan pengering rambut.

Hotel bertaraf lima bintang berkenaan menawarkan perkhidmatan bilik dan concierge dengan setiap vila mempunyai kolam renang peribadi serta akses terus ke pantai.

Pengunjung juga boleh berenang dalam kolam infiniti di tingkat lima yang menghadap ke arah Selat Melaka sambil menikmati minuman pilihan.

PLR terletak betul-betul di tepi pantai.

Terletak di sepanjang Pantai Tengah, lokasi resort itu itu berada berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Tempat penginapan itu juga berada berdekatan dengan lokasi tarikan pelancong seperti Underwater World, Jambatan Sky Bridge, Taman Hidupan Liar Langkawi dan Taman Burung.

Pengurus Besar PLR, Kurt Wehinger berkata, Langkawi merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), sekali gus menjadikannya destinasi percutian popular untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

“Terkenal dengan keindahan pantai serta keunikan flora dan fauna, Langkawi berjaya menarik lebih 2.5 juta pelancong pada setiap tahun.

“Ini memberi inspirasi buat kami untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pengunjung agar pengalaman mereka di sini menjadi lebih bermakna.

“Tetamu yang menginap di PLR boleh menikmati suasana moden dan selesa sama ada mereka datang atas urusan perniagaan atau beriadah,” katanya.

Uniknya, para tetamu boleh menghabiskan masa lapang dengan menyertai beberapa aktiviti yang ditawarkan oleh resort termasuk kelas memasak dan aktiviti pantai interaktif.

Sementara itu, peminat aktiviti kecergasan tidak perlu risau sekiranya percutian mengganggu rutin kecergasan mereka kerana resort itu menyediakan pelbagai kemudahan senaman di dalam gimnasium.

Bagi yang mahu memanjakan diri dari hujung rambut sehingga hujung kaki, mereka boleh berkunjung ke Suasana Spa.

“Dalam fasa peralihan ke endemik selepas lebih dua tahun berhadapan cabaran pandemik Covid-19, kami faham pengunjung mencari lebih daripada sekadar tempat tinggal ketika bercuti.

“Mereka mencari tempat selamat untuk mencipta pengalaman bersama keluarga dan insan tersayang.

“Dengan penambahan resort baharu, kami dapat menyediakan rangkaian penginapan moden dan selesa.

“Ditambah lagi dengan kemudahan eksklusif serta lokasi tepi pantai yang bersih, kami berharap dapat memberi kepuasan dicari-cari oleh pengunjung.

“Kami juga berharap dapat menjadi sebahagian daripada kebangkitan yang amat diperlukan oleh industri pelancongan pasca pandemik ini,” jelasnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI