fbpx

NUBE rayu kerajaan, BNM campur tangan isu pekerja Citibank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) merayu kepada kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) campur tangan dalam isu pekerja-pekerja Malaysia ditamatkan perkhidmatan oleh Citibank.

Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon berkata, Citibank yang telah beroperasi di Malaysia selama 63 tahun memutuskan untuk menjual perniagaan perbankan penggunanya untuk pulangan tunai yang besar.

“Ini menyebabkan pekerja-pekerja Malaysia ditamatkan perkhidmatan tanpa sebarang pampasan pemberhentian atau bayaran penghargaan daripada hasil jualan.

“Semua perniagaan mempunyai kewajipan moral dan etika dan mereka harus menghormati hak asasi manusia kerana mereka tidak sepatutnya melanggar hak asasi manusia pekerja-pekerja mereka.

“Di Korea Selatan, dalam keadaan yang sama, bank pusat campur tangan dan Citibank membayar tujuh tahun gaji sebagai pampasan untuk penamatan pekerjaan setiap pekerja yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Solomon berkata, rayuan itu namun tidak diendahkan kerana BNM tidak berminat untuk melihat kepentingan golongan pekerja bergaji paling rendah di negara ini.

Dakwa beliau, BNM bertindak sebagai pembantu kelas perniagaan dan bukan sahaja perniagaan besar tempatan, tetapi juga perniagaan asing.

“Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar lbrahim harus campur tangan untuk membuat perubahan dalam BNM atas semangat ketelusan dan tadbir urus yang baik yang dijanjikan kerajaan baharu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI