fbpx

Mina si malang, asyik kena tipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINA

BEKAS anggota kumpulan AOA iaitu Mina membuat satu laporan polis mendakwa ditipu dan diugut oleh sebuah syarikat.

Mina atau nama lengkapnya Kwon Mina membuat laporan polis sebaik sahaja menyedari ditipu semasa melakukan kerja-kerja sambilan.

Perkara tersebut sampai ke pengetahuan umum apabila sebuah saluran berita, Channel A melaporkan Pejabat Polis Yongsan, Seoul menerima laporan dari Mina dan mula membuat siasatan.

Menurut penyanyi dan pelakon itu, sebuah syarikat menawarkan kerja sambilan menuntut Mina perlu bercakap dengan lelaki yang kesepian dalam ruangan berbual.

Selepas selesai berborak, lelaki itu perlu mengirimkan hadiah berbentuk syiling dalam ruangan tersebut.

Sebagai pulangan, wanita yang sudah menjalankan tugas boleh menukar syiling dengan duit sebenar daripada syarikat.

Dalam kes tersebut, Mina berasa tertipu apabila diminta mengembalikan semula syiling yang diperolehinya. Syarikat sama juga mengugut akan mendedahkan kegiatannya yang menjalankan kerja sambilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI