fbpx

Kalau jahat biasa-biasa, beri orang lain – Nazim Othman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAZIM OTHMAN

PETALING JAYA – Ingin terus mencabar kemampuan diri, aktor Nazim Othman sangat selektif dalam penerimaan setiap watak antagonis yang ditawarkan kepadanya bagi memastikan kualiti lakonan terus berkembang.

Bukan menolak rezeki, Nazim, 38, menjelaskan tindakannya itu bagi memastikan kerjaya lakonannya lebih berwarna dengan lebih banyak jenis karakter.

“Saya mahukan variasi dalam lakonan. Jika nak berlakon watak antagonis pun, biarlah betul-betul jahat.

“Setakat jahat yang tahapnya biasa-biasa sahaja tidak perlulah, beri sahaja kepada pelakon lain mencuba,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang akhbar drama Isteri Halal di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, walaupun sudah berkali-kali diberikan watak antagonis, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu tetap mengejar tawaran untuk mendapatkan karakter lebih gelap berbanding sebelum ini.

“Saya mencari watak-watak yang kelabu atau gelap. Kita ini dilahirkan dengan warna putih tetapi apabila semakin dewasa, warna itu sudah bertukar kepada kelabu selepas dicampur dengan banyak pengalaman hidup.

“Namun saya tak mahu jadi manusia yang hidupnya gelap dalam dunia realiti dan cukup sekadar dalam lakonan,” kongsi pemilik nama penuh Nushrul Alif Othman berkenaan.

Sekadar info, selain Nazim, Isteri Halal arahan Uchee Fukada itu turut membariskan Isyariana, Uqasha Senrose dan Aidit Noh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI