fbpx

Kakitangan pos maut terperosok bawah lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORYAZID meninggal dunia di lokasi selepas motosikalnya dilanggar sebuah lori di Jalan Masjid Tanah, Melaka, pagi tadi.

ALOR GAJAH – Seorang kakitangan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) maut dalam perjalanan ke tempat kerja selepas motosikal ditunggangi dilanggar sebuah lori di Jalan Masjid Tanah di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, mangsa, Noryazid Mohd. Nor, 45, yang beralamat di Bukit Tuan Keria dekat sini meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Jalan Alor Gajah menghala ke pejabat Pos Masjid Tanah.

“Setiba di tempat kejadian motosikal ditunggangi mangsa telah dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkannya terjatuh dan terperosok di bawah tayar belakang bahagian kanan kenderaan terbabit.

“Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pemandu lori tersebut yang berusia 42 tahun telahpun ditahan bagi pemeriksaan lanjut saringan ujian air kencing.

“Pemeriksaan pegawai penyiasat mendapati lokasi nahas adalah laluan satu lorong dari dua arah dan garisan putih berkembar di tengah permukaan jalan.

“Ketika kemalangan berlaku cuaca juga baik dan keadaan jalan terang,” katanya.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI