fbpx

Ikrar laci plastik rupanya tempah ganja dari Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAZALI (kiri) menunjukkan gambar ganja mampat yang dirampas pada sidang akhbar di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor. -Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Seorang penuntut institusi pengajian tinggi ditahan di kediamannya di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang selepas didapati membeli ganja menggunakan perkhidmatan kurier daripada Thailand, pada 9 Februari lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, suspek yang ditahan merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 21 tahun.

Katanya, serbuan yang dijalankan pasukan Narkotik Kastam Johor pada pukul 12.15 tengah itu menjumpai satu bungkusan tumbuhan kering mampat iaitu ganja seberat satu kilogram (kg).

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah RM2,502.50. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja.

“Siasatan dibuat turut mempercayai ganja berkenaan adalah untuk kegunaan sendiri suspek dan diagihkan bersama rakan-rakannya.

“Pihak berkuasa juga sedang mengesan suspek kedua iaitu abang kepada suspek pertama yang berusia 24 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai, Gelang Patah, di sini semalam.

Tambah Sazali, ganja import berkenaan dibawa masuk melalui perkhidmatan syarikat kurier Thailand dimana pengirim membuat pengikraran palsu dengan mencatatkan barang dagangan itu sebagai laci plastik.

“Trend pembelian bahan terlarang seperti dadah dilihat semakin menunjukkan peningkatan apabila kaedah penghantaran itu dikesan banyak digunakan dalam penyeludupan dadah.

“Ini kerana kaedah itu sukar dikesan pihak berkuasa kerana sesiapa pun mempunyai akses untuk mendapatkan bekalan tersebut sekiranya tahu ‘website’ yang menjualnya,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntuk hukuman mati atau penjara seumur hidup.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI