fbpx

Hujan lebat di KL, Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat diramalkan melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga pukul 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, beberapa daerah di Perak, Selangor dan Sarawak turut diramalkan mengalami cuaca buruk bagi tempoh sama.

“Perak di Batang Padang dan Muallim. Selangor di Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Sarawak di Sri Aman, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Kapit (Song),” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI