fbpx

Hakimi gantung spike secara rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAKIMI konsisten menyumbang pingat emas pada Sukan SEA buat negara sejak edisi 2015 di Singapura, 2017 di Kuala Lumpur dan 2019 di Manila, Filipina.

BINTANG olahraga kebangsaan, Muhammad Hakimi Ismail percaya persaraannya tidak akan menyaksikan arena lompat kijang tanah air malap tanpa kilauan pingat di pentas antarabangsa.

Hakimi, 32, mengejutkan dunia sukan olahraga apabila mengambil keputusan untuk bersara sepenuhnya daripada lapangan trek dan padang bagi memberikan tumpuan kepada pelajaran dan kerjaya masa depannya.

Pemegang rekod lompat kijang kebangsaan dan Asia Tenggara dengan catatan 16.77 meter (m) itu mendedahkan, dia sudah berfikir masak-masak mengenai keputusan tersebut sejak tahun lepas.

“Saya buat keputusan bukan sebab kecederaan atau apa-apa melibatkan prestasi kerana kalau ikutkan saya masih boleh bertanding lagi. Rasa sayang juga sebab tahun ini ada Sukan Asia di Hangzhou, China (pada September).

“Cumanya saya perlu fikirkan mengenai perniagaan dan kerjaya untuk masa depan memandangkan umur saya pun sudah 30 lebih (32 tahun). Lagipun saya sambung pengajian Master (Sarjana) sekarang.

“Sukan lompat kijang negara takkan sunyi walaupun tanpa saya sebab sekarang kita ada ramai pelapis yang berpotensi untuk pasukan kebangsaan,” kata Hakimi.

Pengiktirafan terbesar dalam karier olahraga Hakimi pastinya ketika terpilih sebagai pembawa Jalur Gemilang kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Hakimi sentiasa konsisten menyumbang pingat emas Sukan SEA sejak edisi 2015 di Singapura, 2017 di Kuala Lumpur dan 2019 di Manila, Filipina, namun gagal ke Sukan SEA Vietnam di Hanoi tahun lalu disebabkan kecederaan.

Kejohanan antarabangsa terakhir disertai Hakimi adalah Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan tahun lepas yang menyaksikan dia meraih tempat keempat dengan catatan 15.62m.

Kini, sandaran terbaik meneruskan legasi Hakimi adalah pemegang rekod lompat jauh kebangsaan, Andre Anura Anuar yang memenangi pingat emas lompat kijang Sukan SEA Vietnam 2021 di Hanoi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI