fbpx

Hafidz Roshdi, isteri bercerai talak satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafidz Roshdi dan isteri dikatakan telah bercerai

PETALING JAYA – Kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi, 29, memasuki episod baharu apabila dia didakwa sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.

Difahamkan menurut sumber kepada sebuah akhbar tempatan, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz bin Roshdi
menceraikan isterinya dengan talak satu dengan bersaksikan keluarga.

Difahamkan juga, isterinya bakal memfailkan perceraian pada 1 Mac ini yang juga jatuh pada tarikh kelahiran Shuhada.

Terdahulu, pelakon drama rantaian, Jesnita itu memuat naik gambar sedang menggenggam erat tangan wanita yang dipercayai isterinya seakan-akan memberi gambaran rumah tangga mereka yang dilandai badai sudah kembali teguh.

Hafidz menerusi Instagram juga memohon orang ramai untuk mendoakan kebahagiaan perkahwinannya dengan isteri.

Pemasalahan rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain yang dikatakan bekas kekasihnya sebelum dia mendirikan rumah tangga.

Lebih memanaskan situasi, muncul seorang wanita bernama Athira Yuhada yang dikatakan l mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.

Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana sudah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.

Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya dalam Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI