fbpx

Gempa bumi kuat melanda Tajikistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian gempa bumi kuat berlaku di Tajikistan - Rantau Sempadan Xinjiang pagi tadi.

PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi kuat berlaku di Tajikistan – Rantau Sempadan Xinjiang pukul 8:37 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu berukuran 6.5 skala Richter.

“Kejadian gempa itu berlaku di 38.0 darjah utara dan 73.2 darjah timur.

“Pusat gempa bumi di 363 kilometer (km) Timur Laut dari Taloqan, Afghanistan dengan kedalaman 49 km,” kata kenyataan itu hari ini.

MetMalaysia berkata, kejadian gempa bumi itu bagaimanapun tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI