fbpx

Dua penyeludup daun ketum direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek berusia 29 tahun yang ditahan kerana cuba menyeludup daun ketum di Kuala Nerang pada semalam direman empat hari bagi membantu siasatan.

JITRA – Dua lelaki yang dicekup anggota tentera ketika cuba menyeludup daun ketum di Kampung Sungai Kecil, Kuala Nerang dekat sini semalam direman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 29 dan 31 tahun itu dikeluarkan Majistret, Nurul Huda Idris di dua lokasi berasingan iaitu di Mahkamah Majistret di sini dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini.

Siasatan ke atas mereka dilakukan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Racun 1952.

Terdahulu, suspek berusia 29 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Jitra kira-kira pukul 8.45 pagi dengan menaiki kereta Proton Persona polis bagi mendapatkan perintah tahanan reman tersebut.

Dia yang memakai baju lokap berwarna jingga dibawa keluar bersama tahanan lain tidak lama kemudian setelah perintah tahanan reman dikeluarkan terhadapnya.

Bagi seorang lagi suspek berusia 31 tahun, perintah tahanan reman terhadapnya terpaksa dikeluarkan di HSB kerana masih menerima rawatan akibat kecederaan dialami selepas Toyota Hilux dinaiki terbabas.

Pada semalam, dua lelaki itu ditahan setelah kenderaan dinaiki terbabas ketika dikejar sepasukan pegawai dan anggota tentera kira-kira pukul 12.30 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI