fbpx

Dua madu rela tinggal sebumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arianto (tengah) bersama dua isteri yang baru dinikahinya di Sumatera Selatan pada Selasa lalu. - tvOnenews

PALEMBANG – Seorang pemuda berusia 24 tahun yang berkahwin dengan dua orang wanita kelmarin mendedahkan dia membawa kedua-dua isterinya tinggal sebumbung, lapor stesen penyiaran tvOneNews.

Menurut Ketua Daerah Jirak Jaya, Yudi Sunandar, kedua-dua wanita tersebut yang kini bergelar madu tinggal bersama di rumah suami mereka, Arianto. 

Kisah cinta Arianto bersama isteri-isterinya, Desi Lestari, 20 dan Suci Ramadan, 17, bermula menerusi perkenalan menggunakan aplikasi WhatsApp. 

Kedua-dua wanita itu tinggal berdekatan dan sering bertemu dengan Arianto, menyebabkan mereka menjalin hubungan cinta.

Ketika Arianto memutuskan untuk berkahwin dengan Desi, dia membawa wanita tersebut menemui kedua-dua ibu bapanya tetapi berita tersebut kemudian didengari oleh Suci yang juga merupakan kekasih lelaki berkenaan. 

Suci bertindak menemui ibu bapa Arianto dan menyatakan bahawa dia tidak ingin berpisah dengan pekebun kelapa sawit itu.

Kedua-dua wanita berkenaan kemudian meminta untuk dijadikan isteri Arianto dan permintaan mereka ditunaikan. – Agensi 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI