fbpx

Dewan Rakyat: Tiada tapisan dikenakan ke atas aplikasi WhatsApp, Wechat, Michat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Semua aplikasi atau platfrom segera seperti WhatsApp, Wechat, Michat dan lain-lain seumpamanya tidak dikenakan sebarang tapisan oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Bagaimanapun kata Menteri KKD, Fahmi Fadzil, bagi aplikasi yang secara jelas melanggar peruntukan undang-undang seperti penipuan, penyamaran dan
sebagainya boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Jelas beliau, tindakan tersebut termasuk menyekat aplikasi berkenaan daripada digunakan oleh pengguna di Malaysia.

“Tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh kerajaan adalah berasaskan aduan daripada masyarakat awam serta pihak yang terkesan, dan berlandaskan lunas-lunas perundangan sedia ada.

“Sekiranya terdapat mana-mana pihak atau individu melakukan sebarang bentuk tindak tanduk atau memuat naik kandungan yang melanggar peruntukan undang-undang sedia ada, tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap pihak atau individu yang berkenaan.

“Tindakan tersebut bukanlah kepada platform yang menjadi platform perkongsian kandungan atau maklumat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan P. Prabakaran (PH – Batu) yang bertanya adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula kebenaran penggunaan aplikasi Telegram, Wechat, Michat, dan beberapa aplikasi permesejan lain.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI