fbpx

Dewan Rakyat: Tiada cukai baharu, duti eksais sektor automotif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula cukai sedia ada termasuk duti eksais yang telah dikenakan dalam sektor automotif ketika ini.

Ini kerana kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, cukai yang ada ketika ini telah berperanan dalam menggalakkan aktiviti nilai tambah dalam industri tersebut.

Menurutnya, cukai yang telah dilaksanakan ketika ini juga telah menggalakkan aktiviti kereta pemasangan tempatan (CKD) dan pembangunan vendor dari Malaysia.

“Ketika ini kita tidak mempunyai perancangan untuk mengkaji semula struktur cukai untuk sektor automotif kerana sektor cukai sedia ada dan duti eksais memainkan peranan dalam menggalakkan aktiviti nilai tambah terutama melalui aktiviti pemasangan tempatan dan pembangunan vendor.

“Ia sekali gus membantu syarikat pengeluar kenderaan terutamanya mereka yang buat CKD di Malaysia.

“Pendekatan ini kita harap memboleh kerajaan membangunkan industri automotif tempatan yang berdaya saing melalui limpahan ekonomi hasil daripada nilai tambah disamping kita mengharapkan harga kenderaan juga akan berkurang,” katanya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang bertanya berkaitan pengurangan cukai bagi mengurangkan harga kereta di Malaysia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI