fbpx

DBKL memahami, tetapi jangan `pacak’ sesuka hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DBKL mendapati terdapat peniaga mendirikan gerai di kawasan yang boleh membahayakan pelanggan di sekitar ibu negara

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjelaskan memahami sebahagian warga kota perlu mencari rezeki melalui aktiviti penjajaan dalam tempoh pasca Covid-19.

Bagaimanapun, DBKL menegaskan, keadaan itu tidak bermakna mereka yang menjalankan aktiviti penjajaan boleh `memacak’ gerai secara sesuka hati tanpa lesen.

“DBKL faham keperluan sebahagian warga kota dalam tempoh pasca Covid-19. Buktinya lebih 800 lesen dikeluarkan di bawah inisiatif Wilayah Bebas Berniaga.

“Urusan permohonan lesen dipermudah dan kadar bayaran lesen sangat rendah, tetapi itu tidak bermakna boleh pacak gerai sesuka hati. Lesen pun ada yang tidak mohon,” kata laman Facebook rasmi DBKL hari ini.

Terdahulu, laman Facebook DBKL memaklumkan terdapat segelintir penjaja di ibu negara langsung tidak mempedulikan tentang keselamatan pelanggan mereka,

Ia termasuk meletakkan kerusi dan meja di tepi jalan sibuk yang boleh mengundang risiko kepada pelanggan seperti kenderaan terbabas dan sebagainya.

“Mungkin alasan mereka, demi mencari sesuap nasi dan menyara keluarga, tetapi itulah. Tidak terfikirkah kalau berlaku kejadian tidak diingini.

“Itu belum lagi kita sentuh keluhan pengguna jalan raya mengenai kesesakan yang berlaku disebabkan penjaja menjalankan perniagaan di lokasi yang tidak sesuai,” kata laman Facebook berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI