fbpx

‘Bomoh kata anak saya masih hidup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL Kargo MV Dai CAT 06 yang dilaporkan hilang sewaktu dalam pelayaran ke Kuching pada 1 Januari lalu.

GEORGE TOWN – Keluarga kepada Ketua Operasi kapal kargo, MV Dai Cat 06, Mohammad Syafarizan Mohd. Noor, 24, yang buntu dengan kehilangan anaknya itu sejak 1 Januari lalu nekad mendapatkan khidmat pengamal perubatan termasuk dari Indonesia.

Kini genap 59 hari kejadian kapal itu yang membawa tujuh kru termasuk lima rakyat tempatan dengan muatan 527 besi paip bernilai RM726,000 dilapor hilang.

Malah, sehingga kini tiada pe­nemuan bukti yang boleh me­ngaitkan lokasi keberadaannya berserta anak-anak kapal.

Seorang waris kepada Ketua Mohammad Syafarizan iaitu Mohd. Noor Mat Isa, 53, berkata, mereka terpaksa mendapatkan khidmat tiga pengamal perubatan tradisional.

MOHAMMAD SYAFARIZAN

Akuinya, dia hanya mengha­rapkan untuk bertemu dengan Mohammad Syafarizan dan tidak pernah putus berdoa akan kese­lamatan serta kesejateraannya.

“Kami buntu fikir di manakah dia berada sekarang. Kami nekad berikhtiar dengan mendapatkan bantuan tiga pengamal perubatan tradisional termasuk dari Indonesia.

“Mereka memaklumkan, ke­semua kru termasuk anak kami masih hidup, cuma disimpan di satu tempat di negara jiran.

“Walaupun ia sukar dipercayai, tetapi kami tiada pilihan lain. Kami buntu mengenang keadaan dan nasib Mohammad Syafarizan,” katanya.

Pada 2 Februari lalu, Kosmo! melaporkan status keberadaan kapal MV Dai CAT 06 masih misteri dan tidak terjawab setelah genap sebulan laporan mengenai kehilangannya.

Kapal kargo itu dilaporkan berlepas dari Jeti Kampung Aceh, Perak pada 23 Disember lalu dan sepatutnya tiba di lokasi di Kuching, Sarawak pada 31 Di­sember lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI