fbpx

Anwar zahir ucapan takziah buat mantan rektor UIAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Kamal

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan salam takziah buat mantan rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Ulung Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.

Dalam satu hantaran di Facebooknya, Anwar mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Allahyarham merupakan tokoh pemikir Islam yang banyak memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

“Tentunya, kehilangan ini meninggalkan bekas yang mendalam kepada sanubari umat,” katanya.

Allayarham Mohd. kamal meninggal pada usia 80 tahun disebabkan komplikasi berkait rapat dengan prosedur surgeri awal pagi ini.

Jenazah Allahyarham Mohd Kamal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek turut berkata, negara kehilangan seorang tokoh pendidikan prolifik yang telah banyak menyumbang khidmat bakti kepada negara.

“Menerima khabar pilu pagi ini tentang pemergian Allahyarham Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hasan ke pangkuan Illahi.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan dalam kalangan golongan hamba-Nya yang soleh,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI