PETALING JAYA – Satu gambar tular di media sosial memaparkan seorang lelaki berbaring di atas kayu sedang terbakar mengundang kritikan netizen.
Rata-rata mereka menyifatkan aksi yang disebut sebagai ‘bakar lemak’ tersebut berbahaya, tidak lucu dan tidak sepatutnya dilakukan apatah dimuat naik di media sosial.
“Hendak bakar lemak katanya. Silap-silap tinggal rangka saja. Mantap. Siapalah beri petua pada dia ini,” tulis pemilik akaun Facebook Alfaqir Alqadahi.
Pemilik akaun Facebook, Adex Shah pula berpandangan aksi berisiko tersebut tidak sepatutnya dijadikan sebagai kandungan di media sosial.
Menurutnya, terdapat banyak kandungan elok lain boleh dimuat naik di media sosial berbanding menunjukkan aksi demikian.
“Hendak buat “content” biarlah bertempat abang. Ada benda yang elok lagi daripada buat kerja tidak berakal.
“Allah bagi otak untuk kita fikir. Jangan tiba-tiba badan tidak boleh bangun semasa terbaring atas api. Fikir risiko,” katanya.
Seorang lagi pengguna media sosial, Khairol Azri menyindir perbuatan itu ibarat raptai untuk acara kematian.
“Dia sedang buat “rehearsal” acara selepas kematian. Hendak biasakan diri,” sindirnya. – KOSMO! ONLINE