fbpx

Mahkamah: Abang didakwa rogol adik kandung hingga beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jelebu, di sini, hari ini atas tuduhan merogol adik kandungnya sendiri. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

JELEBU – Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jelebu, di sini, hari ini atas tuduhan merogol adik kandungnya hingga bersalin di sebuah felda di Jempol minggu lalu.

Juvana berkenaan mengaku bersalah atas dua pertuduhan sebaik dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan pertama, pada 21 Jun hingga 30 Jun tahun lalu kira-kira pukul 11 malam hingga 12 malam di sebuah felda tertuduh telah melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya sendiri.

Berdasarkan pertuduhan kedua pula, juvana berkenaan mengulangi kesalahan yang sama pada waktu yang sama antara 1 September hingga 10 September tahun lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, juvana itu didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada 16 Februari lalu kira-kira pukul 6.08 pagi, seorang pegawai perubatan menerima maklumat daripada kakitangan Klinik Kesihatan memaklumkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun telah bersalin di rumah.

Pegawai perubatan bersama kakitangan dan ambulans ke rumah tersebut dan mendapati mangsa berada di atas katil ruang tamu dan seorang bayi lelaki cukup sifat berada di dalam besen serta keadaan bayi bersama uri masih bersambung.

Pegawai perubatan telah memotong tali pusat bayi tersebut dan ambulans telah membawa mangsa dan bayi ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke hospital.

Difahamkan, kejadian berlaku di atas katil yang diletakkan di ruang tamu rumah ketika mangsa sedang tidur.

Mangsa telah melahirkan bayi pada 16 Februari lalu kira-kira pukul 5.00 pagi di dalam bilik air dengan bantuan ibu mangsa.

Mangsa melahirkan bayi dalam keadaan baik dan berat bayi 1.2 kilogram serta ditempatkan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah bagi rawatan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhammad Nizam Rafii, manakala juvana berkenaan tidak diwakili peguam.

Majistret kemudiannya membenarkan juvana berkenaan dijamin sebanyak RM 4,000 dengan seorang penjamin ahli keluarga dan sebutan semula kes pada 22 Mac ini bagi laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain itu, syarat tambahan turut dikenakan iaitu dikehendaki melaporkan diri setiap 1 haribulan di balai polis berdekatan sehingga kes selesai serta harus tinggal berasingan dengan mangsa.

Juvana berkenaan juga dilarang menghubungi, mendekati mangsa dengan apa juga cara pun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI