fbpx

Yayasan SP Setia sumbang RM120,000 kepada tiga hospital di Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraidah (tengah) ketika menyampaikan replika cek sumbangan kepada wakil tiga hospital sempena pelancaran 'Program Bantuan Penjagaan Kesihatan dan Kesejahteraan Ikhlas Setia' Yayasan SP Setia di Ibu Pejabat Korporat SP Setia, hari ini.

PETALING JAYA – Yayasan SP Setia memberi sumbangan pembiayaan bernilai RM120,000 kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Hospital Shah Alam dalam usaha menyokong komuniti yang memerlukan dan meningkatkan akses sokongan penjagaan kesihatan.

Pengerusi Yayasan SP Setia, Datuk Zuraidah Atan berkata, bantuan kepada tiga buah hospital di Lembah Klang itu dibuat melalui Program Bantuan Penjagaan Kesihatan dan Kesejahteraan Ikhlas Setia.

“Sementara kami meneruskan usaha kami melalui program tersebut, Setia terus komited untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dan memerlukan rawatan perubatan.

“Kami berharap bantuan yang diberikan melalui hospital ini dapat membantu meringankan beban mereka selain memberi ketenangan minda ketika menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Terdahulu, penyampaian cek simbolik dan kerusi roda diadakan di Ibu Pejabat Korporat SP Setia sebagai tanda sokongan sempena pelancaran program.

Dalam pada itu, Zuraidah berkata, pembiayaan kepada PPUM dan HCTM akan disalurkan ke pusat transit masing-masing untuk subsidi kos penginapan, makanan harian dan keperluan kebersihan yang ditanggung oleh pesakit atau penjaga serta keluarga mereka.

“Hospital juga akan menaik taraf kemudahan bilik pusat transit untuk mewujudkan persekitaran yang selesa untuk pesakit dan penjaga, terutama mereka yang mempunyai penyakit kronik,” ujarnya.

Katanya, sebahagian daripada pembiayaan program berkenaan diperuntukkan kepada Hospital Shah Alam untuk pembelian 21 unit kerusi roda yang bernilai RM10,000.

“Kerusi roda ini akan diberikan kepada pesakit yang sedang pulih strok atau sedang pulih daripada pembedahan kaki serta lutut tetapi tidak mampu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI