fbpx

Wartawan dedah eksploitasi seks pekerja ladang teh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja wanita di ladang teh Kenya risau diberhentikan jika menolak permintaan pengurus untuk melakukan hubungan seksual. - Thaiger

NAIROBI, Kenya – Beberapa pendedahan mengejutkan dibuat mengenai eksploitasi seksual terhadap pekerja di ladang-ladang teh Kenya yang menjadi pembekal kepada beberapa jenama pasar raya paling digemari di Britain termasuk PG Tips, Lipton dan Red Label.

Menurut laman berita Thaiger, wartawan Badan Penyiaran Britain (BBC) bernama Katy (nama samaran) yang menyiasat isu itu mendedahkan realiti lebih 70 wanita di ladang teh Kenya menjadi mangsa penderaan seksual oleh penyelia mereka.

Katy yang menyamar sebagai pekerja ladang secara rahsia merakam senario pengurus ladang tempatan meminta habuan seks daripadanya. Pengurus itu telah diambil bekerja di ladang teh milik syarikat Unilever dan James Finlay & Co.

Selepas dihubungi BBC, James Finlay & Co berkata bahawa tiga pengurus itu telah digantung tugas serta-merta, manakala pihak syarikat turut membuat laporan polis. Pihak syarikat turut menyiasat sama ada terdapat masalah sistemik keganasan seksual dalam operasinya di Kenya.

Lebih membimbangkan apabila Unilever sebelum ini pernah menghadapi dakwaan serupa lebih 10 tahun lalu dan telah melancarkan pendekatan ‘toleransi sifar’ terhadap gangguan seksual, serta sistem pelaporan dan langkah-langkah lain.

Bagaimanapun, siasatan bersama oleh dokumentari BBC, African Eye dan Panorama mendedahkan bahawa langkah itu tidak dilaksanakan.

Pekerja wanita di ladang teh mendedahkan pengalaman mengerikan yang mereka alami. Mereka juga mendakwa bahawa tidak mempunyai pilihan selain akur kepada tuntutan seksual daripada pengurus ladang kerana peluang pekerjaan sangat terhad.

Seorang pekerja wanita yang ditemu bual berkata: “Saya tidak boleh hilang pekerjaan kerana saya mempunyai anak.”

Seorang wanita lain mendakwa bahawa seorang pengurus menghentikan kerjanya sehingga dia bersetuju untuk melakukan seks, manakala seorang lagi dijangkiti virus kurang imun (HIV) daripada penyelianya.

Semasa menyamar sebagai pekerja ladang teh, Katy juga mengalami gangguan seksual di lokasi yang dikendalikan oleh Unilever. Dia ditugaskan dalam pasukan merumput yang memerlukan buruh selama enam hari seminggu.

Unilever menyatakan pihaknya ‘sangat terkejut dan sedih’ dengan dakwaan itu dan menjual operasinya di Kenya semasa BBC menjalankan siasatan.
Pemilik baru ladang itu, Lipton Teas and Infusions menyatakan bahawa pihaknya telah menggantung tugas dua pengurus itu dan memulakan ‘penyiasatan penuh dan telus’. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI