fbpx

Ular tedung selar sedang mengawan ditangkap di dalam kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA ekor ular tedung selar ditangkap oleh anggota APM selepas ditemui di dalam sebuah kebun di Kampung Parit, Kuala Pilah petang tadi-GAMBAR/IHSAN APM KUALA PILAH.

KUALA PILAH – Dua ekor ular tedung selar yang sedang mengawan di dalam kawasan kebun di Kampung Parit di sini ditangkap pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) hari ini.

Pegawai APM Daerah Kuala Pilah, Leftenan (PA) Mohamad Ghazali Abd. Rahim berkata, pihaknya telah menerima panggilan kira-kira pukul 3.48 petang dan terdapat dua ekor ular sedang mengawan di dalam rimbunan pohon buluh.

“Lima orang anggota APM Kuala Pilah telah dikejarkan ke lokasi kejadian. Pihak kami mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular berkenaan dengan menggunakan alatan khas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Ghazali berkata, dua ekor ular tedung selar itu masing-masing seberat lapan kilogram (kg) dan 3.5 kg kemudiannya dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI