fbpx

Tidak perlu besarkan isu pakaian, replika senjata – Fathul Bari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fathul Bari.

PETALING JAYA – Isu melibatkan sekumpulan Pemuda Pas Terengganu yang melakukan perarakan bertemakan pakaian dan replika senjata tajam di sebuah resort di Setiu baru-baru ini tidak harus diperbesarkan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sebaliknya isu yang lebih tepat untuk dipersoalkan adalah kebenaran perarakan.

“Kecoh bergaduh perihal isu pakaian. Cukup-cukuplah. Pada saya senjata-senjata tersebut hanya replika sama seperti senjata animasi yang melakukan promosi perarakan di seluruh dunia.

“Cuma naratif yang lebih tepat, adalah isu kebenaran perarakan bukan soal pakaian. Selagi mana senjata tersebut bukan merbahaya, pakaian patuh syariah, perarakan mendapat keizinan pemerintah, maka pandangan saya tiada salahnya,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Bagaimanapun, kata Fathul Bari, teguran yang penting adalah pakaian-pakaian di atas bukan bermaksud lebih islamik berbanding dengan pakaian tentera Malaysia hari ini.

“Islam mengiktiraf pakaian tempatan dengan syarat menutup aurat, tidak ketat dan tidak jarang. Pakaian tentera dan anggota polis kita memenuhi syarat tersebut.

“Jadi, tak usah lah gaduh soal hina pakaian dan senjata Islam. Selain pedang, tombak, keris dan pisau, perkembangan teknologi senjata seperti M-16, pistol, meriam, peluru berpandu dan nuklear juga islamik,” ujarnya.

Tambahnya, antara bukti pengiktirafan agama terhadap kemajuan dan perkembangan teknologi adalah kisah Nabi Sulaiman AS yg dipotretkan di dalam al-Quran.

“Allah anugerahkan mukjizat perjalanan di udara sehingga para ulama i’jaz al-Quran berpandangan itu adalah isyarat bahawa perjalanan di udara lebih pantas berbanding di darat.

“Maka lahirlah penciptaan helikopter, kapal terbang dan jet di mana semuanya menepati tuntutan Islam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI