fbpx

Sunyi jawab SPM seorang diri di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Eiffa (tengah) bersama ibu, Sharifah Nur Aminah (kanan) dan wakil One Hope Charity ketika mendapatkan rawatan di PPUM kelmarin.

SEBERANG PERAI – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nekad untuk mengambil peperiksaan walaupun ketika ini berada di hospital akibat masalah jantung, paru-paru dan penyakit radang usus yang menelan kos sebanyak RM56,400 untuk dirawat.

Nur Eiffa Hazeeqa Mohd. Hafiz, 18, berkata, radang usus atau crohn dialaminya sejak tujuh tahun lalu.

Kata anak sulung daripada empat beradik itu, dia kini hanya bergantung dengan ubat-ubatan khas bagi mengelakkan penyakit itu menjadi lebih serius.

“Saya turut berdepan dengan beberapa komplikasi kesihatan termasuk obesiti dan gastroenterologi yang menjejaskan saluran pencernaan.

“Sehingga sekarang, saya terpaksa berulang alik ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan selain pernah menjalani empat pembedahan sejak berusia sembilan bulan,” katanya yang menetap bersama keluarganya di Shah Alam, Selangor.

Menurut Nur Eiffa Hazeeqa, satu lubang ostomi antara dada dan tengkuk ditebuk bagi memasukkan ubat telah mengalami keradangan akibat jangkitan kuman.

Tambahnya, rawatan untuk ostomi itu masih berjalan bagi mengelak daripada fungsi jantungnya terganggu.

“Walaupun sakit, saya gagahkan diri untuk mengambil SPM di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan berazam untuk melakukan yang terbaik biarpun terpaksa menjawab soalan bersendirian tanpa rakan-rakan lain,” katanya.

Ibunya, Sharifah Nur Aminah Syed Abd. Hamid,41, membe­ritahu, anaknya turut memerlukan ubat khas bagi mengubati masalah obesiti dan pencernaan berharga RM300.

“Ubat itu perlu dibeli setiap enam hari memandangkan kesan sampingan steroid menyebabkan berat badannya meningkat.

“Suami bekerja sebagai pereka grafik bebas manakala saya menjual kek secara online dan pendapatan kami berdua sebanyak RM3,000 sebulan tidak mencukupi untuk menampung rawatannya,” katanya sambil memberitahu semua wang simpanannya telah habis digunakan

Sementara itu, Pengerusi One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, pihaknya melancarkan kempen menderma untuk meringankan beban keluarga Nur Eiffa.

Jelas Sui Hau, orang ramai yang ingin menderma boleh berbuat demikian melalui laman sesawang www.onehopecharity.org atau melalui aplikasi One Hope Charity selain melalui akaun Public Bank pertubuhan itu di nombor 3201428817.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI