fbpx

Suami pilih menganggur kerana 3 isteri bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nick mempunyai tiga isteri iaitu April, Danielle dan Jennifer di samping dua anak. – Instagram/The Davis Family

WASHINGTON – Seorang lelaki di Amerika Syarikat berkata bahawa dia berasa bangga kerana hanya perlu duduk di rumah kerana  tiga isterinya keluar bekerja, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

Nick Davis menggelar dirinya sebagai ‘suami misali’ dan mempunyai tiga isteri iaitu April, Danielle serta  Jennifer di samping dua anak.

Nick bertemu isteri pertamanya, April ketika belajar di universiti 15 tahun lalu sebelum menerima kehadiran Jennifer dalam rumah tangga mereka sembilan tahun kemudian.

April berkata, dia yang memperkenalkan suaminya kepada Jennifer yang ketika itu baru berusia 19 tahun.

“Kini terbukti bahawa Jennifer ialah seorang wanita hebat dan bijak. Ketika memperkenalkan dia kepada Nick, saya tahu Nick akan tertarik dengannya,” kata April.

Keluarga itu muncul dalam program realiti televisyen, Seeking Sister Wife tahun lepas apabila mereka menyambut kehadiran Danielle sebagai isteri baharu Nick.

Menurut Nick, dia bagaikan sedang bermimpi ketika mengahwini Danielle. 

“Memiliki tiga isteri dengan mengetahui bahawa kami mengukuhkan penyatuan ini dan menjalani kehidupan ini adalah sesuatu yang sukar dipercayai. Saya bagaikan hidup dalam mimpi yang menjadi kenyataan,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI