fbpx

SPM 2022: Kertas PAI trending di Twitter, pelajar ‘goreng’ jawapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Baru sahaja memasuki hari ketiga peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), luahan pelajar berhubung kesukaran menjawab kertas Pendidikan Islam Malaysia (PAI) menjadi ‘trending’ di Twitter.

Tinjauan Kosmo! di media sosial itu mendapati rata-rata calon tidak menjangka soalan tersebut yang jauh berbeza dengan topik ramalan yang digemburkan kepada mereka sebelum ini.

Topik-topik ramalan sebenarnya adalah perkara biasa menjelang peperiksaan besar, namun adakalanya tidak 100 peratus tepat.

“Aku dah ‘pro’ bab haji dan umrah. Sekali yang keluar akikah dan korban,” luah @afyqsy4fiqqq.

“Mana haji dan umrah, mana sunnatullah, mana rasuah?,” soal nurfarahrsln.

“Ujian hari ini tujuh persepuluh soalan senang dan soalan keluar Khulafa Ar-Rasyidin. Saya hanya baca khalifah. Saya hanya akan sasar A- untuk PAI,” tulis @ayunisyzani.

Selain ramai pelajar meluahkan rasa kecewa dan hilang harapan untuk mendapatkan keputusan cemerlang bagi subjek PAI, masih ramai calon yang tenang dan mula melakukan persediaan bagi menghadapi peperiksaan kertas Sejarah esok.

“Kena siap sedia mental untuk esok, penentuan layak mendapat sijil atau tidak. Buat yang terbaik untuk subjek Sejarah esok!,” ciap @rwkqt. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI