fbpx

Solekan Aespa cetus perdebatan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN Aespa.

SERING menjadi perhatian dengan gaya menarik, kesemua anggota kumpulan Aespa memiliki kelebihan dalam bab menyerlahkan personaliti mereka.

Bagaimanapun, penampilan mereka ketika menghadiri 12th Circle Chart Music Awards baru-baru ini menjadi topik hangat dalam media sosial.

Netizen tidak berpuas hati dengan gaya mereka, terutamanya solekan. Ada yang menebak, Aespa cuba menampilkan stail ‘aegyo-sal’.

‘Aegyo-sal’ merupakan gaya solekan yang tertumpu pada bawah mata untuk menjadikan mata kelihatan besar dan lebih muda.

“Semua orang kecuali Ningning kelihatan sangat melampau. Saya boleh nampak kekecewaan menerusi mata Gisele dan Winter,” kata peminat.

“Wah! Mereka sememangnya sangat cantik tetapi kenapa mereka tukar jenis solekan?,” soal pengikut.

“Menerusi penampilan sebelum ini, jurusolek Aespa dipuji dan mungkin kali ini mereka akan menggunakan khidmat orang lain untuk menatarias ahli kumpulan itu,” jelas netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI