PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan lebat, ribut petir terhadap dua negeri pada pagi ini.
MetMalaysia menerusi laman sesawangnya berkata, di Selangor, melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang.
Selain itu, di Sabah pula, cuaca buruk yang sama dilaporkan melanda sekitar Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Walau bagaimanapun, keadaan tersebut dijangka kembali reda dalam masa terdekat. -KOSMO! ONLINE.