fbpx

Selagi ada nyawa saya akan terus bersuara – Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak akan berdiam diri dan akan terus bersuara selagi bernyawa.

Tegas Mahathir, meskipun ramai yang memintanya untuk berehat serta diam setelah kalah dalam pilihan raya, namun beliau tetap dengan pendiriannya untuk menyatakan kebenaran.

“Saya agak hairan kenapa begitu beria-ia mahu saya tidak bersuara. Dulu dikata saya nyanyuk. Sekarang disuruh diam kerana hilang deposit .

“Bagi saya setiap kebenaran itu perlu dinyata walaupun yang mendengarnya hanya seorang. Jika tidak ada seorang pun yang mendengar, kebenaran tetap perlu dinyatakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kebenaran bukan monopoli majoriti atau minoriti mahupun yang tidak hilang deposit.

“Kalau itulah ukurannya, saya rasa kumpulan minoriti perlu diam dan menerima apa sahaja keputusan majoriti walaupun salah.

“Bagi saya, selagi ada nyawa, apa yang tidak betul akan terus saya suarakan walau pahit untuk didengar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI