fbpx

Projek ECRL sudah 40 peratus siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rui (dua dari kanan) melihat perkembangan projek ECRL di Mukim Padang Halban, Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor ketika ini sudah siap hampir 40 peratus.

Menteri Kedutaan China ke Malaysia, Tang Rui berkata, pihaknya percaya kerja-kerja pembinaan itu dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan berdasarkan kemajuan projek tersebut ketika ini.

Menurutnya, beliau gembira melihat perkembangan projek ECRL di negara ini sekali gus mampu menepati jangkaan sektor A dan B akan siap pada tahun 2026 manakala sektor C pada 2027.

“Apabila ECRL siap dan telah beroperasi, ia akan mempercepatkan masa perjalanan dari Kelantan ke ibu negara.

“Perjalanan dengan menaiki ERCL hanya mengambil masa selama empat jam berbanding enam hingga tujuh jam sekiranya memandu kenderaan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Belt dan Road di Kelantan dan Lawatan Ke Tapak Pembinaan ERCL di Mukim Padang Halban di sini hari ini.

Projek ECRL bakal beroperasi pada Januari 2027 melibatkan jarak jajaran 665 kilometer mampu memberi banyak manfaat kepada rakyat dan negara.

Sebanyak 20 buah stesen yang menghubungkan bandar raya, bandar-bandar dan taman-taman perindustrian dengan rel berkelajuan 160 kilometer sejam menerusi projek itu.

Dalam pada itu, Rui memberitahu, pelaburan China ke Malaysia mencecah nilai lebih 200 bilion dolar Amerika Syarikat (AS$) pada tahun lalu.

Menurutnya, pelaburan itu sekali gus mengukuhkan lagi hubungan perdagangan antara kedua-dua negara yang sudah terjalin sejak sekian lama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI