NIAT Paula Verhoeven memberi pengajaran kepada anak sulungnya, Kiano Tiger Wong dengan meninggalkan kanak-kanak itu bersendirian di sebuah pusat beli-belah akhirnya dikecam netizen.
Tindakan tersebut ditegur sebagai tidak wajar dan membahayakan kanak-kanak yang baru berusia lapan tahun itu.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan, isteri Baim Wong berpura-pura minta izin ke tandas, namun kemudiannya menyorok di sebuah restoran dan membiarkan anaknya bersendirian.
Paula tidak meninggalkan Kiano sendirian sebaliknya beberapa individu daripada pasukannya menyamar sebagai orang asing yang mengawasi kanak-kanak itu.
Menyedari tindakan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi, Paula menjelaskan rakaman video untuk kandungan YouTube miliknya itu dibuat secara terancang dan diawasi ramai kru.
Dia sekadar mahu mengetahui apa yang akan dilakukan anak lelakinya itu jika berada dalam situasi sebegitu.